Selasa, April 21, 2015

Ciri-ciri golongan wanita gedik

Wanita gedik, gelaran gedik, perempuan gedik.Adakah anda pernah dilabel sebagai perempuan gedik? Atau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang wanita yang gedik? Atau seseorang pernah berkata pada anda "Kamu ni gedik sangat lah!". Terdapat kriteria yang mampu melabelkan anda sebagai perempuan yang gedik. Ada wanita berasa selesa dengan gelaran yang diberi, tetapi bagi kebanyakkan orang mungkin gelaran itu sudah menggambarkan sikap anda yang jelik.

Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.

Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.

Terkinja-kinja - Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu. 

Manja tak bertempat - Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain "menjeling dengan loya" perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja! 

Suka menonjol - Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik. 

Mengada-ngada - Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai. 

Perasan - Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.

Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja.Bentuklah 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki dalam diri kamu.

55 ulasan:

  1. Salam kenal bro...singgah sni n terus folow...

    Marah nnt awek2 baca entry ko ni bro...hee3...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam... haha... yang marah tu mesti gediks kan... hihi...

      Padam
  2. Kalau lelaki gedik pula macamana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau terlebih gedik dah jadi auw kot.. :-)

      Padam
  3. Assalammualaikum... PD,

    wahh..best entry nie... jarang orang buat entry pasal gedik nie..

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Mohd Selim.. Terima kasih kerana menyokong... :-)

      Padam
  4. Gedik
    ..... Sabar jelah kalau korang di panggil gedik.. Gedik tu tanda kita happy... Diorang jeles lantak pi ah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting happy! Yeah! :-)

      Padam
    2. Gedik 2 bukn tnda happy.. Tpi perasan lawa dan trkinja2..

      Padam
  5. amboi....diaaaaa...tuuuhaaadiaaa naahhhhh...

    BalasPadam
  6. Bg aku laki gedik bila dia buat emoji. Orgnya mst sklh rndh lg ni. Hahaha jkjk #bilaperempuanberbicara

    BalasPadam
  7. smua tu pasal gedik ngan laki . kalau gedik gedik ngan kawan je ? ngan laki sombong ! haaaaaaa camne tuuuhh

    BalasPadam
  8. gedik gedik pun laku lah��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jenis lelaki memang suka wanita gedik kan... Hehe

      Padam
  9. Macam². Nk gena mau sesetengah perempuan mmg dah gedik.. so sbgai laki.. kena kna lah. Ajar dea tak tergedik², tegur dea elok².. klau dea tak berubah juga.. tinggai cari lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, rasanya bila dah jadi isteri, gedik tu dah boleh kurang sikit... Sebenarnya bila gedik ditempat awam tu yang kurang sesuai sikit...

      Padam
  10. Balasan
    1. Saya pemalu orangnya, hahaha. :P
      Rasa macam takda semua ciri kat atas, tapi terpulang pada mata yang mentafsir, huhu.

      Padam
    2. Baguslah x de ciri=ciri kat atas.. Hehe..

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. interesting betul entry ni. rasanya saya takde ciri-ciri tu sebab saya pendiam dan pemalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Uwais... sedap nama... pendiam dan pemalu ada kelebihan tersendiri...

      Padam
  13. hahaha.. saya tak ada semua yang diatas..
    Sebab brutal dan ganas zaman bujang dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brutal dan ganas? Wow... sebenarnya bukan brutal dan ganas, tetapi tahap keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan pandangan orang ramai tentang apa yang kita lakukan... main redah je kan...

      Padam
  14. biasa tgk org gitu.. macam2 huhu

    BalasPadam
  15. bahaya buat artikel mcm ni. mcm mintak kena bash je...hehe..jarang jumpa perempuan gedik dewasa ini. org sekeliling takde yg over, syukur alhamdulillah. selalu jumpa yg gedik dlm video viral je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Nasib tak kait dengan sapa2... Huhu

      Padam
  16. Singgah sini mengkategorikan diri... gediks ke idok? hahaha... biarlah rahsia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Terima kasih... Gedik untuk suami je tak pe... hehe

      Padam
  17. Hahahhha... terhibur baca komen2 yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib terhibur dengan baca komen, jangan pula analisis diri...auw... hehe...

      Padam
  18. Haha... mcm kelakar pulak dgn perkataan terkinja kinja tu. Btw, good sharing..

    BalasPadam
  19. Saya pon penah dilabel gedik...kalau boleh nk buang la sikap gedik tu...huhu sedih betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... xpe, harap2 dah tak gedik dah... hihi...

      Padam
  20. saya ni ganas tapi ramai perempuan yg gedik ckp sya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Mungkin diaorang yang gedik kan...

      Padam
  21. Balasan
    1. Sambungan dari komen di atas kan... hihi

      Padam
  22. saya tak tersenarai.Dari kecik memang pemalu sehingga la menjadi isteri dan mak budak.ehehe.

    BalasPadam
  23. Insan ingin tahuAhad, Jun 27, 2021

    Nak tya yg ada disini ye..klau kita ckp ko ak dgn kwn kita setakat gelak ketawa Pon biasa bkn gelak manja borak pon biasa2 kasar Pon dikata gedik juga ke...tlg beri pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari saya seorang wanita, dari apa yg awak explain tu rasanya tak nampak pun gedik..kadangkala yg cakap kita gedik ni sebenarnya org tu yg dengki/cemburu krn aura/cara kita semulajadi sendiri yg menjadi perhatian org.. atau boleh jadi krn sikap sendiri yg terlalu peramah hingga lupa batas menyebabkan org luar nampak seperti keterlaluan melayan lelaki (jika berlawan jantina)..harap menjawab soalan la ya hehe

      Padam
    2. Yang tu bukan gedik, tu biasa je, gedik ni sifat memang sengaja mencari perhatian orang sekeliling, dengan sifat yang dibuat-buat sampai orang sekeliling meluat melainkan dengan orang yang suka dengan kita akan nampak kita sangat comel. :-)

      Padam